Hi, apa kabar semua? Kali ini saya dan member SBPC Angler akan memancing di muara laut Gayang,Tuaran. Kami dianggotai oleh saya sendiri,panjang,ujang,amat,harold,adel,dan walter. Dengar kabar disana banyak ikan besar2 telah dinaikan malahan si merah dan si putih pun belegar-legar dekat sana..haha...
Kami memulakan perjalanan pada pukul 12.30 tengah hari...iaitu selepas waktu bekerja...(SABTU 7/2/2015)
Ini merupakan tempat pertama kami..iaitu tempat makan..isi perut dolooo :)
Ini saja nasi ayam yang sempat dibedal... :)
Selepas makan, kami pun mulakan gerakan kami untuk membeli umpan serta alat2 pancing yang bakal2 menaikan ikan pari 20KG...haha
Selepas menyiapkan peralatan pancing kami pun bertolak ke destinasi yang dituju. Gayang, Tuaran.
Sesampai saja disana kami pun pergi ke jeti tmpt si ikan pari mencari makan.
Sesampai saja disana, kami pun mengambil tempat masing-masing sambil mengatur strategi untuk memancing c pari , c putih dan c merah. Rata2 kami mengunakan set joran 3ball bearing dan tali 20lb sahaja.
Ketam ini adalah salah satu hasil tangkapan pertama menggunakan joran udangstring yang bakal dijadikan pusas.
Ini seorang member (Ujang), berjaya menaikan ikan pertama menggunakan umpan udang. :) Terbaikla bro..
Adel juga tidak kurang hebatnya kerana berjaya menaik seekor ikan alu-alu.
Setelah berhempas pulas berlawan dengan sang pari akhirnya tali putus.?? hampir semua member tercuba tarikan si pari... kmi pun berehat seketika sambil makan kuih muih yang dibawa .
JAM 6.30 ptg , akhirnya malam sudah tiba, iaitu masa yang dinanti-nantikan kerana air pasang besar dan banyak ikan tidak henti2 memakan umpan. sehingga terpaksa membeli umpan tambahan.
Ini dia walter dengan ikan kerapunya
Adel sekali lagi berjaya menaikan ikan bintik spesies merah
Aik?? Ketam kecil pun naik juga?? ^^.
12.30pm: Belut 700gram tewas
1pm : Norizam(rakan sekerja) berjaya menaikan ikan kerapu
2pm: Ujang menaikan ketam suri thailand :)
Jam 6am, kami pun mulakan gerakan untuk balik ke rumah masing-masing selepas membersihkan kawasan pancing kami.
Kesimpulan dari ekspidisi ini, kami semua amat gembira dengan suasana pancing di gayang,tuaran. tapi kami pasti appil balik di episode yang akan datang. nantikan kami SBPC Angler Journey Adventure No.2 ( Memancing di Muara Kg.Bantayan). Sekian dari kami SBPC Angler majulah suka untuk negara. ^_^ Y peace yooo.